Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat
Kemunculan dan kemasyhuran kerajaan Alam Melayu membuktikan asas negara bangsa telah bermula sebelum kedatangan Barat. Proses pembentukan negara bangsa mengambil masa yang lama dan melalui beberapa tahap berdasarkan sesebuah kerajaan. Kehebatan dan keagungan kerajaan Alam Melayu seperti Funan, Champa, Kedah Tua, Gangga Negara, Srivijaya, Angkor dan Majapahit menunjukkan ciri-ciri negara bangsa berkembang dan diwarisi oleh kerajaan Alam Melayu selepasnya .
Ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu
i. Raja ;
- Menjadi tunggak utama kerajaan.
- Kedudukan raja diperkukuh dengan sistem pentadbiran yang dibantu oleh Pembesar.
- Raja memperoleh ketaatan daripada rakyatnya.
- Raja sentiasa dikenali dan dianggap suci.
-Contohnya, Raja Champa dianggap sebagai pemerintah yang suci dan dikaitkan dengan Dewa Siva,
ii. Undang-undang :
- Dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan sesebuah kerajaan.
- Terpakai di seluruh wilayah pengaruh dan menjadi panduan dalam pentadbiran kerajaan.
- Contohnya, kerajaan Majapahit mengamalkan undang-undang "Kutara Manawa"
iii. Wilayah Pengaruh :
- Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja.
-Contohnya, Kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh yang luas dari Sungai Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myanmar dan Segenting Kra.
iv. Rakyat :
- Penduduk di dalam sesebuah wilayah yang setia kepada Raja dan tidak menderhaka. Contohnya, rakyat kerajaan Srivijaya membuktikan kesetiaan mereka kepada Raja Srivijaya dengan upacara persetiaan dan meminum air sumpah.
Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
1. Kerajaan
Kerajaan terjadi disebabkan adanya raja. Raja adalah pemerintah tertinggi dan dibantu oleh Pembesar. Pemerintah beraja diperkukuh dengan sistem Pembesar Empat Lipatan yang menjadi tonggak pentadbiran Melaka. Sistem pentadbiran kerajaan yang tersusun menjadikan Melaka sebagai empayar yang terkenal. Selepas Kedatangan Islam, pemerintah Kesultanan Melayu Melaka mula menggunakan gelaran sultan .
2. Rakyat
Gambar yang Dipertuan Agong bersama permaisuri bersama Rakyat
Rakyat menumpahkan taat setia kepada Raja . Di Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama di Malaysia , ialah Melayu, Cina, dan India.
3. Kedaulatan
Gambar raja-raja Melayu bagi seluruh negeri di Malaysia Lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan. Kedaulatan ini merupakan hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan wilayah. Kini, Malaysia mempunyai 13 orang raja di setiap negeri masing masing. Akan tetapi hanya 9 raja yang terpilih sebagai Yang di Pertuan-Agong.
4. Wilayah Pengaruh
Kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyat. Terdapat 14 negeri di Malaysia yang mempunyai sistem pemerintahan beraja dan diakui oleh rakyatnya , yang membolehkan raja memerintah dan undang undang dapat dikuatkasakan bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.
5. Undang- undang
Terdapat dua undang-undang bertulis pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.Ia diguna pakai untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat. Kini undang- undang dicipta mengikut rang undang undang dan melalui beberapa proses sebelum diaktakan atau dikuatkasakan .
6. Lambang Kebesaran
Identiti sesebuah kerajaa dan keistimewaan Sultan Melaka suatu ketika dahulu . Lambang kebesaran kini dikenali sebagai simbol kedaulatan sultan yang memerintah. Antara lambang kebesaran ini termasuklah adat isitiadat , penggunaan warna , regalia dan cap mohor.
Peranan Pemerintah dan Rakyat
a. Peranan Sultan :
- Menaungi dan menjaga keselematan rakyat negeri baginda.
- Mewujudkan perpaduan rakyat.
- Bertanggungjawab terhadap kemakmuran serta kestabilan kerajaan.
- Memperkenalkan undang undang untuk mengawal.
b.Peranan Rakyat :
- Mewujudkan taat setia kepada pemerintah.
- Mematuhi segala arahan pemerintah dan tidak akan menderhaka.
- Menjadi tentera.
- Menghadiri majlis seperti gotong-royong.
No comments:
Post a Comment