Pengertian Negara

 Apakah itu negara ?

Pengertian negara

  Negara adalah suatu daerah atau wilayah yang ada pada permukaan bumi di mana terdapat pemerintahan yang mengatur ekonomi, politik, sosial, budaya, pertahanan keamanan dan sebagainya. Bagi membentuk suatu negara , perlulah miliki unsur seperti rakyat, wilayah, pemerintah yang berdaulat serta pengakuan dari negara lain .

  Istilah negara diterjemah dari kata-kata asing iaitu "steat" (bahasa belanda dan jerman). "state" (bahasa Inggeris), "Etat" (bahasa Perancis). Kata "Staat, state , etat itu diambil dari bahasa latin iaitu "status" atau "statum" yang bermaksud keadaan yang tegak dan tetap atau sesuatu yang memiliki sifat yang tegap dan tegak. Kata "status" atau "statum" sering ditakrifkan sebagai " standing" atau "station"(kedudukan) yang dihubungkan dengan kedudukan persekutuan hidup manusia sebagaimana ditakrifkan dalam istilah "Status Civiatis" atau "Status Republicae". 




Pengertian negara berdasarkan pendapat para ahli 

a. Roger F. Soltau : Negara adalah alat atau hak kekuasaan yang mengatur atau mengendalikan persoalan bersama atas nama masyarakat. 

b.  Georg Jellinek : Negara merupakah organisasi kekuasaan dari kelompok manusia yang telah berdiam di suatu wilayah tertentu. 

c.  Prof.R Djokosoetono : Negara adalah suatu organisasi manusia atau kumpulan manusia yang berada di bawah satu pemerintahan yang sama. 





No comments:

Post a Comment

Konsep negara dan bangsa

MPU21032 Penghayatan Etika Dan Peradaban     TAJUK : KONSEP NEGARA DAN BANGSA